Kamera 360 Pertama Xiaomi Bakal Goyahkan Pencabar Lain

Share Button

Xiaomi terus meluaskan tawaran produk mereka dan kali ini mereka melangkah setapak lebih jauh dalam arena kamera. Xaomi MIJIA adalah kamera 360 pertama syarikat itu dan melihat pada helaian spesifikasi, kamera ini tidak boleh dipandang enteng.

Pertama sekali adalah kamera ini kalis debu dan air pada tahap IP67. Tak banyak kamera 360 dalam pasaran yang mempunyai kekalisan sebegini. Gear 360 (2017) yang baru dilancarkan bulan lepas pun hanya IP53. Kemudian, akselerometer dan giroskop padanya memberikan fungsi penstabil imej elektronik (EIS) 6 paksi.

Badan MIJIA diperbuat daripada besi sepenuhnya dan pada bahagian bawah terdapat lubang skru standard untuk ditambat pada tripod. Fungsi seperti Wi-Fi dan Bluetooth hadir seperti biasa.

Baterinya juga besar, pada 1600 mAh, dan mempunyai fungsi pengecasan pantas. Malang sekali, bateri kamera ini tak boleh ditanggalkan.

Pada sudut optikal pula, ia menerima kanta optik dengan jarak fokal 8mm (setara kamera 35mm) dan berapertur F2.0. Ia memberikan sudut pandang seluas 190 darjah bagi setiap satu kameranya. Dua sensor 1/2.3″ inci beresolusi 16MP digunakan.

Di China, Xiaomi MIJIA berharga RMB 1699 (RM 1092). Harapnya ia dapatlah menghirup udara nyaman Malaysia.

[Sumber: MIUI, Xiaomi]

Trackbacks

  1. […] dengan kamera 360 yang dihasilkan Mijia, kamera ini merakam kandungan VR pada resolusi yang lebih tinggi iaitu 5.7k. Ia juga memiliki […]

Apa komen anda?