Intip aktiviti Menteri Kesihatan dengan aplikasi Dr Subra

Share Button

Presiden MIC dan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini melancarkan aplikasi Android sendiri yang diberi nama ‘Dr Subra‘.

Paling cocok untuk warga Segamat, dimana Subramaniam berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, aplikasi ini direka khas untuk memberi maklumat pantas mengenai aktiviti harian beliau. Maklumat disediakan dalam Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris.

Turut dilancarkan sempena perayaan Chittirai, Vishu dan Vaisakhi, aplikasi ini juga membolehkan pengguna menghantar mesej peribadi terus kepada Subramaniam.

Sekilas pandang, TheSkop sudah nampak kehadiran aplikasi yang dibangunkan oleh 18 Steps Media Sdn Bhd ini di Google Play tadi.

Kalau tak duduk di Segamat pun tak mengapa, anda masih boleh gunakan aplikasi ini sebagai platform untuk menerima berita mengenai aktiviti Menteri Kesihatan.

Cuma, pengguna iPhone kena tunggu dulu. Versi iOS khabarnya bakal dilancarkan dalam waktu terdekat.

Apa komen anda?