HTC U Baru Akan Dilancarkan Bulan Depan

Share Button

HTC telah menghantar jemptan untuk menghadiri satu pelancaran telefon pada 16 Mei 2017. Majlis yang akan diadakan di Taipei itu akan menjadi platform HTC memperkenalkan telefon siri U terbaru mereka.

Selain itu mengemas kini laman web dengan pengumuman itu, satu tweet telah diutuskan di akaun rasmi HTC dengan mesej “Squeeze for the Brilliant U”. Ia mencadangkan yang mungkin terdapat sensor tekanan pada kedua-dua sisi telefon itu. Daripada segi spesifikasi pula, pemerhati membayangkan ia akan mendukung komponen-komponen flagship seperti cip Snapdragon 835.

Jika anda ingin mengikuti pelancaran secara langsung, anda boleh mendaftarkan email anda di pautan ini.

Flagship HTC setakat ini adalah HTC U Ultra. Telefon itu  menerima kritikan hebat daripada pengguna-pengguna seluruh dunia kerana tidak melambangkan keupayaan sebenar HTC yang sedia terkenal dengan telefon dengan binaan berkualiti tinggi. Adakah HTC U yang baru ini akan memadamkan kritikan itu?

Apa komen anda?