Honor 8 perisa Sakura Pink tiba di Malaysia

Share Button

Mahu mencari telefon pintar yang lain dari yang lain, berbeza dari kebanyakan telefon pintar di pasaran? Kalau hati anda sedang berbunga, apa kata dapatkan Honor 8 dengan warna baru, Sakura Pink.

Honor 8 merupakan sebuah telefon pintar yang kelihatan sangat elegan, terima kasih kepada kemasan kaca berkilauan di belakang badan. Dengan warna Sakura Pink yang baru ini, ia pasti menarik perhatian sesiapa sahaja dari kejauhan, mungkin dapat menarik jodoh anda jua.

Warna Sakura Pink pada Honor 8 ditawarkan dalam model Premium, 4GB RAM bersama 64GB storan dalaman pada harga RM1,899. Stoknya juga sangat terhad, dan boleh didapati dari pengedar Honor yang terpilih. Rujuk senarai pengedar di bawah.

Honor 8 adalah peranti yang memiliki skrin HD Penuh 5.2-inci, bersama pemproses Kirin 950 8-teras berkuasa tinggi. Ia juga dibekalkan kamera dwi-lensa 12MP di belakang, dan 8MP di depan. Kapasiti bateri pula 3,000mAh, dengan pengecasan pantas melalui USB-C.

Mungkin ini juga hadiah terbaik buat ibu anda, memandangkan Hari Ibu yang bakal menjelang tidak lama lagi. Pastikan anda segera mendapatkan warna eksklusif Honor 8 ini, kerana stok sangat terhad.

Lekas ke pengedar yang mengambil bahagian untuk mendapatkannya. Maklumat lanjut tentang telefon ini, boleh diperolehi dengan melawat laman produk Honor 8.

Apa komen anda?