Eatigo jamin diskaun dalam semua tempahan kedai makan

Share Button

Tempahan tempat duduk di restoran kadang kala menyukarkan. Sebab itu anda perlu gunakan Eatigo, platform tempahan restoran mudah alih yang senang digunakan, dan memberi diskaun.

Eatigo telah bertapak di Thailand dan Singapura, dan hari ini tiba secara rasminya di Malaysia. Eatigo diasaskan dengan objektif, mengisi tempat kosong di kedai makan di luar waktu puncak, sambil memberi diskaun kepada pengguna. Diskaun berbeza mengikut slot masa.

Senarai kedai makan yang terdapat di Eatigo sangat luas, lebih dari 1,000 tempat meliputi cawangan kedai makan popular, sehinga ke hotel 5 bintang. Malah Eatigo juga menjamin diskaun dalam semua tempahan, sehingga 50% menerusi platform mereka.

Antara tempat makan yang boleh ditempah menerusi Eatigo adalah cawangan TGI Fridays‎, TEMPtations & Dynasty di Hotel Renaissance, Duddha & Chakri Express di KLCC serta banyak lagi.

Membuat tempahan di Eatigo boleh dilakukan seawal sebulan dari tarikh tempahan, ataupun sehari sebelum. Pengguna boleh melihat diskaun yang ditawarkan terus dari aplikasi, diberikan berbeza mengikut masa. Tiada bayaran awal perlu dibuat, hanya tempah di Eatigo, terima diskaun dan bayar selepas makan untuk semua jenis makanan, tanpa had kategori atau jenis.

Eatigo telah beroperasi di Bangkok, Pattaya serta Singapura dan kini mengembangkan servis mereka ke Kuala Lumpur dan Hong Kong. Sehingga kini, Eatigo telah menempatkan lebih 4 juta pelanggan di restoran dan kedai makan, menerusi platform mereka.

Pengasas bersama Eatigo, Michael (kiri) & Louis (kanan)

Sebagai pengenalan, Eatigo kini memberikan kad Starbucks bernilai RM20 untuk tempahan sehingga 30 April 2017. Gunakan kod EATKL semasa tempahan, untuk melayakkan diri ke tawaran ini.

Apalagi, jom cuba buat tempahan menerusi Eatigo, sambil mendapat diskaun apabila membuat bayaran. Untuk maklumat lanjut, semak lamanweb www.eatigo.com. Aplikasi mudah alih Eatigo boleh ditemui di Apple Appstore dan Google Playstore.

Apa komen anda?