Dwi-lensa ZTE Blade V8 tidak membebankan dompet

Share Button

Jika anda berminat dengan kamera dwi-lensa, tawaran terbaru ZTE ini boleh dipertimbangkan. ZTE Malaysia kini membuka tempahan untuk Blade V8, yang dilengkapi kamera dwi-lensa untuk tangkapan gambar bokeh yang sangat mengancam.

Tempahan ZTE Blade dibuka dari 14 April hingga 20 April 2017. Ia akan diadakan secara eksklusif di laman e-dagang Lazada. ZTE menawarkan hadiah percuma bernilai RM99 iaitu flip case, TPU case dan pelindung skrin. Harga telefon pula, hanya RM999.

ZTE Blade V8 adalah peranti kompak. Ia memiliki skrin HD Penuh berukuran 5.2-inci, bersama kaca lengkung 2.5D dan berbadan besi sepenuhnya. Kuasa dalamannya diperkasa pemproses Snapdragon 435 8-teras, 3GB RAM DDR3 bersama storan dalaman 32GB. Dua slot hibrid kad sim 4G bersaiz nano tersedia, dengan slot kedua turut menerima kad mikroSD.

Tarikan utama ZTE Blade V8 pastinya kamera belakang dwi-lensa. Ia memperguna sensor 13MP bersama sensor 2MP, berkemampuan merakam kesan khas bokeh seperti profesional. Autofokusnya menggunakan teknologi PDAF, dan disertakan pencahayaan LED Flash. Kamera depan pula, gandingan sensor 13MP dan LED Flash lembut untuk tangkapan swafoto lebih cerah.

Sistem operasi Blade V8 adalah yang terkini, Android 7.0 Nougat dilapisi antaramuka ZTE MiFavor 4.2. Bateri berkapasiti 2,730mAh dimuatkan padanya. Pengimbas capjari pula terbina di dalam butang Home, yang terletak di bawah skrin.

Satu perkara yang mengejutkan, adalah kotak ZTE Blade V8. Anda pasti sangat menyukainya.

Berminat dengan telefon berkamera dwi-lensa dengan harga mampu milik ini? Jangan lupa ke Lazada antara 14 April hingga 20 April 2017 untuk membuat tempahan. Penghantaran akan dibuat bermula 21 April 2017. Kunjungi laman produk ZTE Blade V8 untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?