Carpit bantu tukar tayar tanpa keluar rumah

Share Button

Apa pengalaman anda menukar tayar kereta? Kena pergi ke kedai, pilih jenis tayar, sahkan harga dan tunggu sekitar 1 jam untuk proses pertukaran. Tahu tak semua ini boleh dibuat tanpa keluar dari rumah, semudah menekan skrin telefon pintar?

Carpit boleh membantu anda menukar tayar kereta semudah yang disebut di atas. Ia merupakan satu platform menggunakan aplikasi mudah alih, memudahkan urusan pengguna membeli dan menukar tayar kereta mereka.

Carpit menyediakan semua maklumat yang diperlukan, tanpa selindung. Pengguna boleh menyemak jenis & harga tayar dari pelbagai kedai yang tersenarai di Carpit, di samping mengetahui lokasi kedai tayar berdekatan. Carpit kini menyenaraikan 237 kedai di Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor Bahru. Senarai ini akan terus ditambah dan dikembangkan ke seluruh Malaysia.

Tetapi kelebihan utama Carpit adalah ia menyediakan servis mengambil & memulangkan kenderaan untuk ditukar tayar. Tidak perlu keluar rumah lagi, semuanya boleh diuruskan oleh Carpit.

Aplikasi Carpit boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Penggunaannya sangat mudah. Daftar akaun, kemudian tetapkan jenis kenderaan dan tayar. Jika tidak tahu saiz tayar, Carpit akan mencadangkan saiz tayar berdasarkan jenis kenderaan.

Selepas itu, pilih kedai dan tayar yang ingin dibeli, buat bayaran dalam talian dan kereta anda sedia untuk menerima tayar baru.

Carpit turut melantik Leona Chin Leona China, pelumba kereta wanita terkenal sebagai duta. Beliau akan membantu mempromosikan Carpit kepada orang ramai.

Mudahkan nak bertukar tayar dengan aplikasi Carpit. Untuk lebih info, layari laman web www.mycarpit.com.

Leona Chin (2 dari kiri) bersama pegawai Carpit

Apa komen anda?