Berkongsi data kini percuma di webe, untuk waktu terhad

Share Button

Webe memang terkenal dengan pelan semua tanpa hadnya. Apakan tidak, dengan RM79 sebulan pengguna boleh menikmati panggilan, SMS dan data berkelajuan pantas tanpa had kuota. Cuma, ramai yang masih kurang berminat kerana ia tidak membenarkan perkongsian data secara tether dibuat, melainkan dengan sedikit bayaran.

Kini pengguna dan bakal pengguna webe boleh menarik nafas lega, kerana webe mengumumkan pemberian data tether sebanyak 1GB percuma setiap bulan, selama 3 bulan. Kempen ini berjalan dari 12 April, sehingga 12 Julai 2017.

Webe memperkenalkan kempen ini, sebagai langkah awal memperkenalkan pass tether yang baru. Selain dari pas tether 2 jam tanpa had kuota berharga RM6, webe melancarkan satu lagi pas tether baru, MobileWiFi 500MB untuk kegunaan selama 90 hari (30 hari + 60 hari) berharga RM8.

Pas MobileWiFi 500MB ini sah untuk digunakan dalam masa 30 hari selepas diaktifkan. Jika ia tidak habis digunakan, ia boleh dibawa ke depan sehingga 60 hari, menjadikan jumlah hari ia boleh digunakan sebanyak 90 hari dari tarikh pengaktifan.

Jadi sekarang, pengguna sedia ada dan pengguna baru webe boleh menikmati 1GB tether percuma setiap bulan. Jika ia habis digunakan, pengguna boleh melanggan pas 2 jam tanpa had kuota RM6, atau pas 500MB RM8 yang boleh digunakan sehingga 90 hari.

Pengguna webe boleh melanggan pas ini melalui aplikasi mudah alih webe di Android dan iOS, atau laman web layan diri webe.

Bagaimana, seronok tak dengan pilihan baru untuk berkongsi data dengan talian webe sekarang?

Jangan lupa, selain pelan tunggal tanpa had webe berharga RM79 sebulan, pengguna boleh memohon talian tambahan dengan harga diskaun. Talian tambahan kedua hanya perlu membayar RM69, talian ketiga RM59, manakala talian ke-4 dan ke-5 hanya membayar RM49 sebulan. Ia masih berfungsi seperti talian utama iaitu panggilan, sms dan internet tanpa had kuota.

Maklumat lanjut tentang tawaran webe boleh dirujuk di laman web webe di www.webe.com.my/shop/webe-mobile

[SUMBER: Blog webe]

Apa komen anda?