Beli Mi Box Melalui Digi Broadband Pada Harga Serendah RM180

Share Button

Xiaomi Mi Box memang sebuah peranti yang wajib ada di ruang tamu anda, seperti yang kami sarankan dalam artikel Test Produk tempoh hari. Ia dijual pada RM349 di Lazada. Terkini, Digi menawarkan Mi Box menerusi pelan Broadband mereka.

Digi Broadband hadir dalam tiga pelan iaitu Broadband 30, Broadband 60, dan Broadband 100. Namun, hanya pelan Broadband 60 dan Broadband 100 menyediakan Mi Box secara pukal bersama Internet.

Untuk pelan RM60, anda hanya perlu membayar pendahuluan RM120 yang merangkumi 1 bulan pendahuluan dan RM60 bayaran pendahuluan Mi Box. Komitmen bulanan adalah RM75 (RM60 untuk pelan dan RM15 untuk Mi Box).

Broadband 60 memberikan sejumlah 40GB data yang terbahagi kepada tiga kategori. 16GB dikhaskan untuk menstrim kandungan daripada 19 saluran dalam senarai Stream FREE, 8 GB untuk saluran dalam senarai Stream On Demand dan 16GB untuk kegunaan lain-lain.

Broadband 100 pula memberikan 100GB, 50GB untuk Stream FREE, 10GB untuk Stream On Demand, dan 40GB untuk kegunaan biasa.

Pelan RM100 pula tak memerlukan pendahuluan untuk peranti tetapi hanya pendahuluan komitmen bulanan sahaja iaitu sebanyak RM100. Komitmen bulanan anda menjadi RM115 (RM15 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).

Jika anda pelanggan semasa untuk mana-mana pelan Broadband Digi, anda boleh membeli Mi Box sahaja pada harga RM330, RM19 lebih murah daripada harga runcit.

Mi Box menukarkan apa-apa TV dengan input HDMI menjadi TV pintar

[Sumber: Digi]

Apa komen anda?