Acer Chromebook Dengan Piawaian Tentera Ini Kurang Dari RM1000

Share Button

Menjadi pengeluar pertama Chromebook dunia, Acer terus tekad menjadi peneraju pengeluar Chromebook dalam pasaran Malaysia. Terbaru, Acer memperkenalkan sejumlah peranti yang menjalankan Chrome OS untuk pasaran Malaysia. Lima peranti tersebut adalah Chromebook 11 N7, Chromebook R11, Chromebook 14, Chromebox CXI2, dan Chrombox CXV2.

Tiga buah laptop Chromebook ditujukan ada pelbagai lapisan pengguna, daripada yang berbajet rendah hinggalah tinggi. Salah satu ciri unik pada Chromebook 11 N7 dan Chromebook 14 adalah pematuhan piawaian ketenteraan MIL-STD 810G. Ia boleh menahan beban sehingga 60kg dan memiliki papan kekunci kalis cecair hingga 330ml.

Chromebook R 11 pula adalah satu-satunya laptop yang memiliki skrin sesentuh. Lebih menarik, paparannya boleh dikilas 360 darjah untuk bertukar menjadi sebuah tablet.

Chromebook 11 N7

Chromebook R 11

Chromebook 14

Bergerak pula ke barisan produk seterusnya. Chromebox adalah CPU kompak yang boleh ditambat pada mana-mana paparan yang memiliki input HDMI. Chromebox CXI2 sesuai dijadikan home theater PC ataupun gerbang multimedia di ruang tamu. CXV2 pula ditujukan khas untuk kegunaan sidang video kerana satu set kamera, speaker, dan alat kawalan diberikan bersama unit ini.

Chromebox CXI2 & CXV2

Semua produk Acer ini hadir dengan sekurang-kurangnya 3 tahun jaminan.

Kekuatan sistem operasi Chrome OS yang digunakan semua komputer ini adalah pada kemudahan yang diberikan buat pengguna. Contohnya, dalam pelajaran & pembelajaran, Chromebook hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk di-boot-kan. Ia mengelakkan pembaziran masa lebih-lebih lagi jika guru itu hanya miliki sejam untuk setiap slot pengajaran.

Kemudian, oleh sebab ia adalah hasil tangan Google, Chrome OS kini boleh menjalankan aplikasi Android seperit yang anda gunakan pada telefon. Maka, anda boleh mengakses data yang sama daripada pelbagai mesin.

Aspek keselamatan juga tidak diabaikan. Pembasmi virus ada dibina di dalam sistem operasi itu sendiri dan anda tak perlu memasang perisian pihak ketiga. Menggunakan Google Drive, data anda selamat di awan jika laptop hilang ataupun rosak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi produk.

Apa komen anda?