7 saluran baru PERCUMA sempena ulangtahun ke-7 HyppTV

Share Button

2017 adalah tahun ke-7 perkhidmatan IPTV dari Telekom Malaysia, HyppTV bersiaran di Malaysia. Sempena menyambut ulangtahun ke-7 ini, HyppTV mengumumkan 7 saluran baru bermula dari 1 April 2017.

Lima dari tujuh saluran baharu ini merupakan saluran khusus untuk peminat rancangan India iaitu ZeeTV (saluran 304), Zee Tamil (saluran 303), Zee Cinema (saluran 309), Sony SAB (saluran 311) dan Sony Entertainment Television (saluran 312). Dua lagi saluran baru yang lain adalah saluran filem Korea iaitu tvN Movies HD (Saluran 222) dan saluran hiburan Indonesia, Pesona HD (Saluran 115) yang sebelum ini dikenali sebagai MNC Channel.

Selain tujuh saluran baharu ini, HyppTV turut mengumumkan SCM Legend (Saluran 226) yang menyiarkan filem klasik Berbahasa Cina, mula disiarkan dalam bentuk definisi tinggi (HD) bermula 1 April 2017.

Sebagai meraikan ulangtahun ke-7 bersama tujuh saluran baharu ini, HyppTV memberikan tontonan PERCUMA kepada semua pelanggan HyppTV, untuk ketujuh-tujuh saluran bahau ini. Tontonan percuma ini berjalan selama sebulan, dari 1 April sehingga 30 April 2017.

Selain dari set-top-box, kesemua saluran baru ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun di Android PlayStore dan Apple AppStore.

HyppTV kini dinikmati lebih 1.4 juta pelanggan UniFi dan Streamyx. Sebanyak 110 saluran ditawarkan dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 53 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari laman web TM HyppTV  atau lawati laman media sosial di Facebook HyppTV, twitter @HyppWorld, instagram @HyppTV dan YouTube Telekom Malaysia.


ZeeTV (Saluran 304)

ZeeTV menayangkan pelbagai genre buat kesemua lapisan penonton termasuk drama-drama bersiri terbaik, komedi, program realiti, program kanak-kanak dan filem. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.

Zee Tamil (Saluran 303)

Menawarkan pelbagai program seperti drama-drama telenovela, program bual bicara, program permainan, komedi, travelog, masakan, filem dan banyak lagi. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.

Zee Cinema (Saluran 309)

Sebagai saluran filem-filem Hindi terbaik di TV, Zee Cinema menayangkan filem-filem Bollywood terbaik, menghiburkan lebih daripada 90 juta penonton di seluruh dunia. Tayangan filem Hindi terbesar di dunia, saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan dan menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.

Sony SAB (Saluran 311)

Sony SAB, saluran hiburan India yang khusus menayangkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Saluran ini telah menayangkan pelbagai genre seperti komedi, drama, romantik, komedi senyap, sitkom, sains fiksyen dan komedi solo. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte RM6 sebulan.

Sony Entertainment Television (Saluran 312)

Sony Entertainment Television atau SET, adalah saluran televisyen hiburan am berbahasa Hindi di benua kecil India. Program-program yang terdapat di SET lebih tertumpu kepada tontonan keluarga. Program-program ini meliputi kesemua genre termasuklah drama, realiti, komedi, suspen, mitos dan romantik. Saluran ini boleh didapati di dalam HyppTV Varnam Pack pada harga RM30 sebulan atau menerusi pilihan ala carte pada harga RM6 sebulan.

tvN Movies HD (Saluran 222)

tvN Movies, saluran PERTAMA & SATU-SATUNYA bagi Filem Blockbuster Korea yang menampilkan filem-filem Korea kegemaran sepanjang masa untuk semua peringkat umur. Saluran ini ditawarkan di dalam HyppTV Pack Jumbo pada harga RM60 sebulan, HyppTV Ruby Pack pada harga RM40 sebulan, HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan dan juga menerusi pilihan ala carte pada RM15 sebulan.

Pesona HD (Saluran 115)

Pesona HD menyediakan semua genre program hiburan seperti sinetron, rancangan realiti terkini, selebriti dan berita gosip (bersiaran pada hari yang sama), program muzik, filem, animasi dan banyak lagi, kebanyakannya dalam HD terutama bagi masyarakat Indonesia dan Melayu. Antara program utama adalah D Academy, Mermaid in Love, Kiss dan banyak lagi. Saluran ini ditawarkan di dalam HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan atau melalui pilihan ala carte pada harga RM9 sebulan.

Apa komen anda?