Xperia L1 Telefon Bajet Terbaru Daripada Sony

Share Button

Dalam diam-diam Sony mengemas kini laman web mereka dengan menambah satu halaman baru untuk Sony Xperia L1 yang baru dilancarkan. Ia adalah telefon daripada kelas permulaan yang menggunakan cip MediaTek MT6737T.

Telefon bersaiz 5.5 inci ini memiliki paparan beresolusi HD dengan bateri sebesar 2,620mAh. Ia menjalankan Android Nougat bersadur antara muka khas hasilan Sony sendiri.

Selain itu, telefon ini menerima RAM seluas 2GB dan ruang storan seluas 16GB. Satu slot mikro-SD disediakan untuknya menerima kad sehingga 256GB.

Kamera belakang telefon ini diperkasa sensor sebesar 13MP dengan apertur F2.2 manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 5MP.

Xperia Actions adalah salah satu ciri unik telefon ini. Menggunakan segala sensor yang hadir pada telefon, ia boleh beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Contohnya, apabila telefon berada dalam keadaan gelap pada waktu malam, ia akan mengaktifkan mod “sifar gangguan” supaya pengguna boleh tidur dengan nyenyak.

Sony Xperia L1 akan mula dijual bermula April ini pada harga yang masih belum diumumkan.

[Sumber: Sony]

Apa komen anda?