Uber Mulakan Operasi Di Langkawi, Alor Setar & Miri

Share Button

Bersempena dengan ulangtahun ketiga Uber di Malaysia, Uber mengumumkan peluasan perkhidmatan mereka ke tiga lagi bandar iaitu Langkawi, Alor Setar, dan Miri. Dengan ini, Uber sudah beroperasi di 12 bandar di seluruh negara, dengan Miri menjadi bandar ketiga di Malaysia Timur selepas Kota Kinabalu dan Kuching.

Teksi Uber mula muncul di Langkawi, Alor Setar, & Miri

Kod promo juga disediakan untuk anda menikmati potongan 33% daripada bil anda untuk 5 penggunaan pertama antara 21 hingga 27 Mac 2017. Gunakan kod UBER3RDBDAY untuk mengaktifkan promosi yang sah di seluruh lokasi perkhidmatan Uber di Malaysia.

Terdahulu, Uber telah melancarkan perkhidmatan mereka di Kuantan dan menawarkan kek percuma untuk penggunanya.

[Sumber: Uber]

Apa komen anda?