Tawaran eksklusif Celcom FIRST Blue dengan 10GB data

Share Button

Sementara pengguna Celcom FIRST Gold dan First Platinum menikmati kuota internet yang lebih besar dari biasa, pelan FIRST Blue masih kekal dengan 4GB data. Gandingan 2GB sepanjang masa dan 2GB hujung minggu. Tetapi beberapa pelanggan bertuah FIRST Blue menerima lebih kuota data.

Pada November tahun lepas, Celcom memberi naiktaraf percuma kepada pengguna FIRST Blue, yang mendaftar sebelum 28 Oktober 2016. Mereka mendapat data berjumlah 10GB sebulan, 5GB sepanjang masa dan 5GB hujung minggu. Untuk pengguna FIRST Blue yang mendaftar selepas 28 Oktober, masih kekal dengan 4GB data sebulan.

Baru-baru ini, beberapa pengguna Celcom menerima SMS yang menawarkan pelan FIRST Blue dengan 10GB data, bersama 50 minit panggilan dan 50 SMS ke semua panggilan, pada kadar RM45 sebulan. Bagaimanapun, semakan di laman web Celcom masih memaparkan 4GB data bagi pelan FIRST Blue.

Gambar dari LiewCF.com

Kami menghubungi Celcom Careline untuk pengesahan. Menurut mereka, sekali lagi tawaran ini hanya untuk pengguna terpilih sahaja. Kali ini, pelan FIRST Blue dengan 10GB data sebulan ditawarkan untuk pengguna pelan Celcom FIRST Basic 38 sahaja. Mungkin ia kesinambungan dari tawaran naiktaraf percuma pelan FIRST One 48.

Celcom memperkenalkan pelan FIRST Basic 38 dengan 3GB data dan bayaran RM38 sebulan, sebagai menyahut saranan kerajaan untuk memperkenalkan pelan internet mampu milik. Ia adalah pelan pascabayar paling berbaloi dan mampu milik ketika itu.

Berbanding naik taraf automatik pelan FIRST One 48 dari 3GB kepada 5GB data sebulan, tawaran pelan FIRST Blue 10GB ini adalah pilihan kepada pengguna FIRST One Basic 38. Mereka perlu menghubungi Celcom untuk menerima tawaran naiktaraf ini.

Tetapi berbeza dengan pelan FIRST Gold dan FIRST Platinum yang mempunyai pilihan AnydayGB iaitu mengubah data hujung minggu kepada data sepanjang masa dengan tambahan RM10 sebulan, pelan FIRST Blue tidak mempunyai pilihan ini. Pengguna FIRST Blue kekal dengan gandingan kuota sepanjang masa dan kuota hujung minggu.

Kini dengan pilihan naiktaraf kuota dari 3GB kepada 10GB serta bayaran tambahan dari RM38 kepada RM45 sebulan, mahukah anda bertukar? Adakah sudah tiba, masa untuk berubah?

Comments

  1. Nony

    Yes it’s true.. saya sdh tukar pakej fr first basic 38 ke first blue. saya terima sms offer fr Celcom utk pelanggan terpilih sahaja.

  2. YB

    My current plan is first basic 38. I dropped by blue cube at BSC and asked bout the upgrade to RM45 with 10Gb data but they say no such thing :/

Apa komen anda?