Super Mario Run Mula Berlari 23 Mac Di Android

Share Button

Super Mario Run adalah permainan pertama daripada Nintendo yang dibangunkan khas untuk telefon. Ia dilancarkan eksklusif untuk platform iOS bersama-sama iOS 10 pada Disember tahun lalu dan pada 23 Mac ini, pengguna Android boleh mula berlari bersama-sama tukang paip kesayangan ramai ini.

Untuk yang pertama kali mendengar Super Mario Run, permainan ini mempunyai genre side scrolling platformer sama seperti permainan asalnya. Cumanya, permainan ini boleh dimainkan hanya menggunakan sebelah tangan.

Pemain menyentuh paparan untuk membuat karakter Mario melompat melewati halangan sambil mengutip mata. Fungsi multiplayer juga hadir sebagai pembakar semangat untuk terus bermain.

Di platform iOS, walaupun menerima pujian, ramai juga yang mengadu tentang USD 10 yang perlu dibayar untuk membuka keseluruhan permainan ini, jika tak mereka hanya boleh main beberapa tahap saja. Selain itu, mereka juga mengeluh kerana permainan ini perlukan akses Internet sepanjang masa.

Berapa agaknya harga Super Mario Run versi Android nanti? Biasanya, permainan iOS yang dipindahkan ke Android jadi percuma sebab ia sarat dengan iklan. Adakah anda sanggup membayar sejumlah premium ataupun main dengan iringan iklan?

Apa-apapun, daftar minat anda di PlayStore hari ini.

Apa komen anda?