Storan peranti termurah Xiaomi, Redmi 4A dinaiktaraf berganda

Share Button

Awal tahun ini, Redmi 4A tiba di Malaysia menjadi telefon pintar Xiaomi paling murah boleh dibeli. Ia berharga RM449 dengan perkakas 2GB RAM dan 16GB storan di dalamnya. Kini, Mi Malaysia membawakan versi kedua, masih kekal dengan 2GB RAM tetapi storan digandakan menjadi 32GB.

Redmi 4A dengan 32GB storan ini akan mula dijual pada Sabtu ini, 18 Mac 2017 dengan harga jualan RM509. Ia boleh dibeli di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, atau dari pengedar sah di seluruh Malaysia. Senarai pengedar sah ini telah dikongsi Mi Malaysia dan boleh dirujuk di sini.

Good news must SHARE : Redmi 4A (2GB+32GB, Gold/Dark Grey) will be available at ONLY RRP RM509 from this Saturday (18…

Posted by Mi Malaysia on Tuesday, March 14, 2017


Redmi 4A adalah telefon pintar Xiaomi yang sesuai digunakan bagi mereka yang tidak perlukan peranti kompleks. Ia masih kelihatan premium, dengan binaan badan besi tetapi tiada pengimbas capjari.

Skrinnya juga tidak besar, hanya berukuran 5-inci dengan resolusi HD 720p. Dengan bateri 3,120mAh dan pemproses Snapdragon 425 4-teras, ia dijangka boleh menguasakan peranti sepanjang hari.

Bagi kamera, ia menggunakan sensor 13MP f/2.2 dengan autofokus dan LED Flash. Manakala kamera depan 5MP f/2.2 berfokus tetap. Ia menyokong dua kad sim 4G LTE dan kad mikroSD dalam slot hibrid.

Dua warna akan dijual di Malaysia, Emas dan Kelabu Gelap. Lebih banyak maklumat tentang peranti ini boleh dirujuk di laman produk Redmi 4A Mi Malaysia.

Trackbacks

  1. […] 4x bukanlah telefon pintar termurah Xiaomi, tetapi ia menerima naik taraf yang besar berbanding Redmi 4A yang berharga RM509. Harga jualannya di Malaysia adalah RM679, jadi apakah kelebihan Redmi 4X […]

Apa komen anda?