SKMM lancar portal semak berita palsu – SEBENARNYA.MY

Share Button

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), hari ini melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY, sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu.

Perasmian portal ini disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Dalam ucapan pada majlis pelancaran ini beliau berkata, “Maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.”

Tambah beliau lagi, sehingga kini SKMM telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang menular di dalam negara. Berita palsu bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah.

Muka utama portal SEBENARNYA.MY

Menyemak kesahihan berita adalah sangat penting sebelum menyebarkannya. Perkara ini sangat mudah sebenarnya, dan tidak memerlukan sehingga wujudnya potal SEBENARNYA.MY. Cuma semak sumber berita terlebih dahulu, pastikan ia adalah dari sumber yang diyakini sahih. Tidak pasti jangan kongsi, itu sahaja.

Cuba kita sendiri amalkan JANGAN seperti di bawah ini:

  • JANGAN sebar secara copy & paste (salin & tampal)
  • JANGAN sebar kerana sharing is caring, tak best pun kongsi fitnah ni
  • JANGAN sebar dengan harapan orang lain tolong selidik dan semak kesahihannya
  • JANGAN sebar kalau baik tu baiklah, kalau salah tu boleh minta maaf je
  • JANGAN sebar cerita yang bukan dari mulut orang itu sendiri

Senang je nak buat kan? Ada lagi JANGAN yang boleh ditambah? Mari kita cuba lakukan sampai portal SEBENARNYA.MY tak ada cerita nak disemak kesahihannya.

Nak sebar cerita palsu dan fitnah ni senang je. Tapi bila kita tahu silapnya kemudian, susah nak kesan balik dah sampai mana berita palsu tu disebarkan dan hentikan penyebaran. Lagi baik kita sendiri berhenti sebar.

[SUMBER: BERNAMA]

Trackbacks

  1. […] Walaupun menyebar berita menggunakan media sosial dan permesejan sangat mudah, tetapi perlu ada rasa tanggungjawab memeriksa kesahihannya, sebelum mula menyebarkan. Jika ia bukan datang dari laman berita sebenar, cuba semak kisah yang disebarkan itu, salah satu caranya melalui laman web http://www.sebenarnya.my. […]

Apa komen anda?