Servis lengkap Touch n Go bawah satu bumbung

Share Button

Touch ‘n Go hari ini melancarkan Pusat Khidmat Pelanggan yang baru, dikenali sebagai Customer Experience Centre (CEC), terletak di Tower 2A, Bangsar South. Ia menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan buat pengguna Touch ‘n Go.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Nazir Razak, Pengerusi CIMB GRoup Holdings Berhad. Pada masa dan tempat yang sama, dua Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara Touch ‘n Go Sdn Bhd, bersama Grab dan Lazada Malaysia.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pengembalian wang segera, untuk kes penalti dan penamatan kad bagi nilai di bawah RM100. Pengunjung juga boleh membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go secara tunai atau kad debit/kredit, menerusi mesin layan diri 24 jam. Pelbagai produk Touch ‘n Go, serta makanan dan minuman turut boleh dibeli di sini menerusi mesin layan diri. Antaranya adalah Smart Tag, jam tangan Touch ‘n Go, minuman dalam tin serta makanan bungkusan.

Selain perkhidmatan Touch ‘n Go, mereka yang datang boleh berehat serta makan dan minum menerusi kafe yang pertama seumpamanya dibuka. Uniknya kafe ini, ia hanya menerima bayaran menggunakan Touch ‘n Go sahaja. Kafe ini menyajikan sarapan, makan tengahari, makan malam dan makanan ringan. Pelbagai pilihan kopi yang disediakan barista turut terdapat di sini.

CEC Touch ‘n Go ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 6 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, serta jam 8 pagi hingga 1 tengah hari pada hari Sabtu. Ia tutup pada setiap hari Ahad dan cuti umum. Pengunjung turut boleh membuat kad Touch ‘n Go eksklusif dengan pilihan gambar sendiri, mendapatkan khidmat lepas jualan peranti SmartTag, serta membuat aduan.

MoU di antara Touch ‘n Go dan Grab akan membuka ruang baru, penggunaan Touch ‘n Go sebagai pilihan pembayaran menggunakan Grab. Pengguna Grab yang mengunjungi CEC Touch ‘n Go, boleh mendapat diskaun sehingga RM10 dengan menaiki Grab.

Di Lazada pula, ia akan menjadi saluran baru untuk pengguna mendapatkan produk Touch ‘n Go dalam talian. Kedua-dua perjanjian dengan Grab dan Lazada akan mula dilaksanakan mulai 2 Mei 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem, produk atau perkhidmatan Touch ‘n Go, layari laman web www.touchngo.com.myFacebook Touch ‘n Go atau twitter @MyTouchnGo. Pertanyaan juga boleh diajukan menerusi SMS dengan menaip TNG <pertanyaan> ke 36266, emel ke careline@touchngo.com.my atau hubungi talian Careline di 03-27148888.

Jangan lupa, semua lebuhraya PLUS tidak lagi menerima tunai dan berubah ke bayaran elektronik sepenuhnya bermula 26 April 2017. Dapatkan kad Touch ‘n Go untuk membayar tol di lebuhraya PLUS selepas ini.

Apa komen anda?