Samsung bagi diskaun RM500 untuk Galaxy S7/S7 edge

Share Button

Telefon pintar Galaxy S7 dan S7 edge kini boleh dimiliki lebih murah, dengan tawaran diskaun RM500 terbaru dari Samsung Malaysia. Ini mungkin satu cara memberi ruang kepada Galaxy S8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tawaran ini dikatakan terhad, siapa cepat dia yang dapat. Dengan diskaun ini, Galaxy S7 edge 32GB akan berharga RM2,599 (harga asal RM3,099), manakala versi 128GB pula berharga RM2,899 (harga asal RM3,399). Bagi Galaxy S7 pula menjadi RM2,199 dari harga asal RM2,699.

Bagaimanapun, baucer diskaun RM500 ini hanya boleh didapati menerusi aplikasi mySamsung sahaja. Kemudian, pergi ke stor Samsung yang terlibat untuk menggunakannya.

Promosi ini berlangsung dari 22 Mac sehingga 9 April 2017. Segera pergi mendapatkannya kerana ia tawaran yang terhad.

Apa komen anda?