Sambutan 5-tahun Lazada penuh tawaran yang sukar dilepaskan

Share Button

Tahun 2017 menandakan lengkap 5 tahun Lazada bertapak di Malaysia. Kini, Lazada merupakan gedung dalam talian terbesar di Malaysia. Demi meraikan kepercayaan penguna Malaysia, Lazada meraikan ulangtahun ke-5 dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Selama 3 hari, dari 22-24 Mac 2017, Lazada menyediakan pelbagai kejutan dan tawaran yang sukar ditemui pada masa biasalah. Antara jenama yang terlibat dalam sambutan Lazada ini adalah Huawei, JBL, Nestle, Drypers, L’Oréal, Microsoft, Watson, Sports Direct, Bosch, Tesco, Tefal & Levi’s.

Diskaun sehingga 90%, jualan kilat RM1, pelancaran produk baru eksklusif, beli 1 percuma 1 dan penghantaran percuma, menanti pembeli di waktu promosi ini. Pembeli juga berpeluang memenangi tiket penerbangan dari dari AirAsia Big. Semua ini boleh ditemui di laman Sambutan 5-tahun Lazada Malaysia.

CEO Lazada Malaysia, Hans Peter Russel ‎berkongsi rasa gembiranya sempena sambutan tahun ke-5 ini. Menurut beliau, 5 tahun pertama adalah masa membina asas portal e-dagang. 5 tahun seterusnya adalah masa untuk berubah kepada platform yang boleh berdiri sendiri, menyediakan semua keperluan pengguna di Malaysia dengan lebih baik.

CEO Lazada Malaysia, Hans Peter Russel

Pada Januari 2017, e-dagang di Malaysia telah menyumbang sebanyak 5.8% kepada GDP negara. Ia dijangka berkembang ke 24% menjelang tahun 2022. Perkara ini banyak disumbang Gen-Z, mereka yang lahir selepas tahun 1990 yang gemar membeli-belah dalam talian & mahukan transaksi yang pantas, interaktif dan berkaitan.

Jangan terlepas peluang hebat dalam sambutan ultangtahun ke-5 Lazada Malaysia, yang berlangsung dari 22 hingga 24 Mac 2017. Layari ‎laman Sambutan 5-tahun Lazada Malaysia untuk mula membeli-belah.

Apa komen anda?