RM1 juta hadiah dalam permainan Celcom Game Hero

Share Button

Celcom hari ini melancarkan Celcom Game Hero, pertandingan permainan mudah alih yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta, nilai paling besar seumpamanya di Malaysia. Semua pengguna Celcom boleh menyertainya dan mula mengumpul markah paling banyak, untuk memenangi pertandingan ini.

Celcom Game Hero dihasilkan dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd, yang menghasilkan aplikasi permainan mudah alih di dalam pertandingan ini. Ia bermula dengan permainan ‘Sky Invasion 3D’, sebuah permainan tembak-menembak menaiki kapal terbang yang tidak asing lagi.

Permainan ‘Sky Invasion 3D’ boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore secara percuma. Tetapi untuk bermain, pengguna Celcom perlu melanggannya pada kadar RM3 seminggu. Khas untuk pengenalan, pengguna yang baru mendaftar boleh menikmati permainan ini secara percuma dari hari ini sehingga 6 April 2017.

Acara pelancaran Celcom Game Hero disempurnakan oleh Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Acara ini turut dihadiri oleh Norman H’ng, Penasihat Kandungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bersama Michael Kuehner, CEO Celcom Axiata Berhad dan Dato’ Lion Peh, CEO Techninier.

Fasa pertama Celcom Game Hero melalui permainan ‘Sky Invasion 3D’ akan berlangsung selama 4 bulan. Pemenang dah hadiah akan diumumkan pada penghujung tarikh pertandingan. Permainan baru dengan genre berbeza akan diperkenalkan untuk fasa seterusnya.

Jika anda berminat untuk memenangi hadiah yang ditawarkan ini, segera melawat laman web www.gamehero.my untuk mendaftar dan mula memungut markah. Setiap hari, pemain akan menerima GEM percuma yang membolehkan mereka membuka kotak misteri yang mengandungi hadiah seperti tambah nilai prabayar Xpax. Muat turun adalah percuma, tetapi permainan ini memerlukan langganan RM3 seminggu.

Maklumat lanjut seperti terma dan syarat pertandingan, boleh dirujuk di laman web www.gamehero.my.

Apa komen anda?