Redmi Note 4 Yang Cekap Tenaga Dilancar Pada Harga Kekal Rendah

Share Button

Selepas beberapa hint ditaburkan semalam, hari ini Xiaomi secara rasmi memperkenalkan Redmi Note 4 kepada pengguna Malaysia. Berbanding India yang menerima tiga varian Note 4, kita menerima varian 3GB RAM + 32GB storan. Semua varian menggunakan cip pemproses yang sama dengan varian menerima 4GB RAM + 64GB storan.

Redmi Note 4 kali ini menggunakan cip Snapdragon 625. Ia lebih pantas berbanding Snapdragon 650 yang Note 3 gunakan. Malah, semua terasnya adalah Cortex-A53 dengan teknologi pengecasan pantas 3.0. Walaupun GPU pada 625 lebih lama berbanding 650, acuan 14nm yang digunakan dalam penghasilan 625 boleh menutup kelemahan itu dengan memberikan kecekapan penggunaan tenaga yang tinggi.

Redmi Note 4 dijual pada harga RM 799 dan anda boleh mendapatkannya dalam tiga warna iaitu hitam, perak, dan emas. Untuk perbandingan, Redmi Note 3 dulu dilancarkan dalam dua varian iaitu 2GB RAM + 16GB storan pada harga RM 749 dan 3GB RAM + 32GB storan pada harga RM 849.

Tempahan bermula 10 Mac ini dan mula diual pada 16 Mac 2017. Sesiapa yang berminat boleh menempah Redmi Note 4 di laman Lazada atau kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

Apa komen anda?