Prabayar ONEMUSIC beri peluang jumpa artis tempatan & antarabangsa

Share Button

XOX Mobile merupakan penyedia rangkaian telekomunikasi maya (MVNO). Manakala Universal Music Malaysia adalah penyedia kandungan hiburan dan muzik terkemuka dunia. Hari ini, kedua-duanya berganding mengumumkan pek permulaan prabayar Edisi ONEMUSIC.

Pek permulaan Edisi ONEMUSIC memberikan pengguna akses ke muzik digital tanpa had serta pelbagai acara muzik. Ia termasuk tawaran tiket khas, diskaun produk Universal Music di CD-Rama dan Lazada, cenderahati selebriti, serta peluang eksklusif bertemu artis dari dalam dan luar negara, dari keluarga Universal Music.

Majlis ini dilancarkan oleh CEO XOX Berhad Group, Ng Kok Heng bersama Pengarah Urusan Universal Music Group Malaysia & Singapura, Kenny Ong. Pelancaran ini turut disertai oleh selebriti tempatan iaitu Nur Fazura, kumpulan pop-rock Bunckface dan penyanyi serta pelakon, Thomas dan Jack.

Bagi yang berminat memiliki pek prabayar Edisi ONEMUSIC, ia boleh dibeli menerusi stor online XOX, atau di Space @XOX, Sunway Pyramid. Harganya RM10, dengan RM5 kredit di dalam. Dengan tambah nilai pertama RM30 dalam masa 10 hari, pengguna akan menerima 3GB data percuma dan tempoh aktif selama 28 bulan.

Pek permulaan ini juga memberikan sehingga 36GB data percuma. Pengguna hanya perlu menambah nilai RM30 setiap bulan, dan 1GB data percuma akan diberikan setiap bulan selama 12 bulan. Untuk 48 bulan seterusnya, pengguna akan menerima 500MB data percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb XOX Malaysia dan Facebook XOX Malaysia.

Apa komen anda?