Peminat permainan perang mesti beli laptop ini

Share Button

Jika anda peminat tegar permainan komputer berasaskan perang atau askar, anda haruslah mendapatkan laptop eksklusif MSI ini, GE62 Camo Squad LIMITED EDITION. Ia adalah laptop berprestasi tinggi yang dihias warna-warni camo ibarat askar di medan perang.

Laptop MSI GE62 Camo Squad LIMITED EDITION bukan sahaja dihiasi dengan warna camouflage (penyamaran) di seluruh badannya, ia turut datang bersama cenderahati eksklusif berupa beg laptop, botol air, lapik tetikus serta dog tag, semuanya dalam warna camo yang sama. Permainan Ghost Recon Wildlands bersama Pas Musim turut diberikan. Kesemua cenderahati dan permainan ini bernilai RM1,100.

Laptop eksklusif ini hanya terdapat 50 unit sahaja di Malaysia, dengan harga jualan RM7,699. Pra tempahan boleh dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2017, dalam talian di 11street, atau dari kedai MSI Gaming in U-Note, UPi Computer SDN BHD, Gaming Brightstar, Gadget Zone Sdn Bhd, PC Image, Gamers Hideout, NCS Malaysia. Tempahan awal ini turut akan menerima tetikus gaming MSI DS200 secara percuma.

Laptop MSI GE62 Camo Squad LIMITED EDITION diperkasa pemproses Intel Core i7-7700HQ berkelajuan sehingga 3.8GHz. Ia disertakan 16GB RAM DDR4, bersama dua jenis storan dalaman, 256GB SSD M.2 sATA serta 1TB HDD SATA. Paling utama, kuasa grafiknya dihasilkan oleh cip GeForce GTX1060 dengan 3GB RAM GDDR5.

Skrinnya berukuran 15.6-inci dengan resolusi HD Penuh, dari jenis IPS. Papan kekuncinya disediakan oleh SteelSeries, lengkap dengan lampu belakang dengan cahaya berwarna-warni. Sistem audio pula diuruskan oleh Dynaudio dilengkapi Woofer, ditambah teknologi Audio Boost 2 dan Nahimic 2 Audio Enhancer.

Jangan terlepas peluang untuk memiliki laptop edisi terhad dari MSI ini. Lebih banyak info tentang laptop ini boleh didapati di laman produk MSI GE62 CAMO SQUAD LIMITED EDITION.

Apa komen anda?