OnePlus 3T yang lebih perkasa boleh mula ditempah di Malaysia

Share Button

Empat bulan selepas pelancaran global, akhirnya versi kemaskini OnePlus 3T akan tiba di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat menerusi pengumuman oleh DirectD, yang kini membuka tempahan untuk set rasmi OnePlus 3T Malaysia.

OnePlus 3T di Malaysia akan diedarkan oleh Brightstar Distribution. Ia akan dijual pada harga RM2,229 dengan dua pilihan warna, Gunmetal dan Soft Gold. Bagaimanapun, set ini hanya memiliki storan 64GB, bukan model 128GB. Tempahannya kini dibuka di laman web DirectD.

Model terbaru ini tidak memiliki rupa luaran yang berbeza dengan model asal OnePlus 3. Ia mempunyai badan besi sepenuhnya, dengan skrin Optic AMOLED 5.5-inci beresolusi HD penuh. Pengimbas cap jarinya terletak di depan, bergabung dengan butang Home.

Apa yang membezakan OnePlus 3T dari OnePlus 3 adalah peningkatan pemproses, bateri dan kamera. OnePlus 3T kini dikuasakan pemproses Snapdragon 821 2.35GHz yang lebih berkuasa, kekal dengan 6GB RAM LPDDR4 dan storan 64GB UFS 2.0 untuk pasaran Malaysia.

Ia mengekalkan pengecasan pantas Dash Charge (5V/4A) menggunakan port USB-C, yangmengecas bater berkapasiti lebih besar, 3,400mAh. OnePlus 3T menjalankan Android 7.0 Nougat siap keluar dari kotak, dengan antaramuka OxygenOS.

Kamera belakang OnePlus 3T menggunakan sensor Sony IMX298, dengan resolusi 16MP f/2.0 dan piksel bersaiz 1.12-mikron. Ia dilengkapi autofokus PDAF, dwi-LED Flash, serta penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS). Kamera depannya kini dipertingkat ke 16MP f/2.0.

DirectD kini membuka tempahan OnePlus 3T pada harga RM2,229 dalam talian di lamanweb, dan akan mula membuat hantaran pada 21 Mac 2017, seminggu dari hari ini. Ia diedarkan oleh Brightstar, dan dijamin selama setahun. Tempahan juga boleh dibuat di cawangan DirectD Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Untuk perbandingan, OnePlus 3 sebelum ini dijual pada harga RM1,888 dengan storan yang sama, 64GB. Dengan peningkatan pemproses, bateri dan kamera hadapan, adakah ia berbaloi dengan tambahan RM341 ini?

Apa komen anda?