Nokia 3310 Perlu Gunakan Cip Ini Untuk Berjaya

Share Button

Beberapa hari selepas Qualcomm mengumumkan rombakan semula terhadap produk-produk Snapdragon mereka, hari ini mereka melancarkan pula produk pertama yang menggunakan sistem baru ini. Qualcomm 205 Mobile Platform diperkenalkan oleh mereka untuk memberi akses 4G LTE kepada lebih ramai penduduk sarwajagat.

Qualcomm 205 direka khas untuk pengeluar telefon yang ingin membolehkan pengguna-pengguna terutamanya di pasaran membangun menikmati teknologi 4G yang terkini pada harga yang paling minimum. Cip ini mengevolusikan telefon feature seperti Nokia 3310 menjadi telefon pintar dan seterusnya membuka gerbang potensi seluas-luasnya kepada capaian telekomunikasi yang lebih utuh.

Hal ini bermakna, lebih ramai pengguna di negara-negara membangun bakal memiliki akses kepada capaian Internet yang lebih pantas dan selamat untuk digunakan pada perkhidmatan kewangan misalnya. Cip yang cekap tenaga juga bermakna kurangnya kebergantungan terhadap akses soket kuasa. Kemudian, modem berkelajuan LTE memungkinkan pengguna melayani kandungan multimedia dalam talian.

Antara ciri-ciri Qualcomm 205 adalah seperti:

  1. Modem LTE Cat 5
  2. Menyokong sehingga rangkaian 4G
  3. Wifi b/g/n, Bluetooth, & radio FM
  4. Boleh membawa sehingga dua slot kad SIM

Cip inilah yang sepatutnya Nokia 3310 gunakan berbanding yang mereka gunakan sekarang. Nokia 3310 hanya menyokong teknologi 2G dan mengeksploitasi sentimen pengguna terhadap telefon legenda itu.

[Sumber: Qualcomm]

Apa komen anda?