Mi Malaysia akan jual Redmi Note 4 dengan storan 64GB

Share Button

Redmi Note 4 hari ini mula dijual secara rasmi di Malaysia, pada harga RM799. Bagi yang membuat tempahan sebelum ini di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, mereka menerima kupon diskaun 20% untuk pembelian produk Xiaomi selepas ini.

Selain stor Mi Malaysia di Lazada, telefon pintar Redmi Note 4 juga boleh dibeli di kedai-kedai di seluruh Malaysia. Mi Malaysia telah berkongsi senarai pengedar sah ini, yang boleh dirujuk di sini. Tetapi hanya model 3GB RAM + 32GB storan sahaja yang dijual buat masa ini. Semua unit rasmi Redmi Note 4 Malaysia akan memiliki pelekat ERA International Network Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi di Malaysia.

Semasa pelancaran antarabangsanya di India, Xiaomi mengumumkan 3 variasi Redmi Note 4 iaitu 2GB RAM + 32GB storan, 3GB RAM + 32GB storan dan 4GB RAM + 64GB storan. Dalam pertemuan dengan media hari ini, Mi Malaysia menyatakan versi terendah Redmi Note 4 tidak akan tiba di Malaysia. Sebaliknya Mi Malaysia akan membawakan versi terbaik, 4GB RAM + 64GB storan dalam masa terdekat. Tetapi masih belum ada tarikh ia mula dijual.

Jika India menjual Redmi Note 4 mode 3GB RAM + 32GB storan pada harga INR 10,999 (RM 718) tetapi Malaysia dengan harga RM799. Maka kami jangkakan model 4GB RAM + 64GB storan akan dijual di Malaysia sekitar RM949, kerana harganya di India adalah INR 12,999 (RM 849).

Buat masa ini, Redmi Note 4 siap sedia datang bersama sistem operasi MIUI 8 berasaskan Android 6 Marshmallow. Tetapi untuk yang sukakan cabaran, bolehlah mencuba edisi Beta MIUI 8 berasaskan Android 7 Nougat untuk Redmi Note 4. Langkah-langkah memasang edisi BETA ini boleh dirujuk di forum MIUI di sini.

Redmi Note 4 boleh dikatakan telefon pintar terbaik boleh dibeli di bawah RM1,000, menggantikan posisi Redmi Note 3 tahun lepas. Tetapi, adakah anda sanggup menunggu ketibaan versi terbaik Redmi Note 4 dengan 4GB RAM + 64GB storan, atau terus membeli versi 3GB RAM + 32GB yang sedia ada ini sekarang?

Apa komen anda?