Logitech beri diskaun untuk habiskan stok aksesori tablet

Share Button

Jika anda sedang mencari pelindung atau casing buat tablet dan iPad, Logitech kini mengadakan jualan penghabisan stok pertama mereka di Lazada. Diskaun sehingga 85% menanti pembeli yang berminat.

Jualan ini boleh diakses di stor rasmi Logitech di Lazada, menerusi pautan ini. Ia bermula dari 13 Mac 2017, dan berlangsung selama satu bulan.

Pelbagai produk berupa casing pelindung dan casing bersama papan kekunci keluaran Logitech terdapat di jualan ini. Antara tablet yang boleh menggunakan produk ini adalah seperti iPad Air, iPad Mini, iPad 5th Gen dan Samsung Galaxy Tab 4 (10.1).

Selain casing tablet, Logitech turut menghasilkan pelbagai aksesori seperti tetikus dan papan kekunci berwayar serta tanpa wayar, pembesar suara dan fon kepala. Kesemua produk Logitech boleh dibeli di stor rasmi Logitech di Lazada.

Sedikit tips untuk membeli-belah di Lazada. Setiap hari, Lazada memberi diskaun untuk pengguna kad debit/kredit bank tertentu. Senarainya adalah, Isnin untuk CIMB, Selasa adalah UOB, Rabu bagi Maybank, Khamis pula RHB, Jumaat HSBC manakala Sabtu & Ahad khas buat Citibank. Selain itu, pembeli juga boleh mendapatkan tunai kembali menerusi ShopBack. Jangan lupa mendaftar ShopBack sebelum mula membeli-belah di Lazada.

Apa komen anda?