Lenovo Lancar Laptop Gaming Yang Sangat Mampu Milik

Share Button

Lenovo hari ini memperkenalkan satu subjenama produk laptop mereka yang mengkhususkan pada industri permainan digital. Jenama Legion selepas ini akan mendukung semua produk-produk Lenovo yang ditujukan khas pada golongan gamers. Dua siri Legion yang dilancarkan adalah Y520 dan Y720.

Lenovo Y520 ditujukan pada gamers kelas permulaan. Ia dikuasakan sama ada cip Intel Core i5 atau i7 daripada jenis Kaby Lake dengan RAM sekurang-kurangnya 4GB. Dengan harga yang amat menarik, siri ini ditujukan pada gamer kelas pertengahan yang selesa bermain dalam resolusi HD penuh.

Pada bahagian pemerosesan grafik pula, ia menerima cip grafik sehingga GTX 1050 Ti. Panel IPS beresolusi HD penuh sebesar 15.6 inci digunakan untuk bermain. Pilihan storan juga disediakan. Jika mahukan lebih ruang, pilihan 1TB HDD disediakan dan pilihan SSD sehingga 256GB pasti memuaskan hati golongan penggempar kelajuan.

Papan kekunci dengan lampu latar merah terbina disediakan. Dengan kekunci dengan jarak cetus 1.7mm, untuk memberikan rasa penggunaan yang lancar dan responsif. Penel IPS beresolusi HD penuh sebesar 15.6 inci digunakan untuk bermain.

Empat varian ditawarkan dalam siri Legion Y520. Antaranya adalah:

  1. Intel Core i5-7300HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 2GB, 1TB HDD  – RM3,299
  2. Intel Core i7-7700HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 4GB, 1TB HDD – RM4,219
  3. Intel Core i7-7700HQ, 4GB DDR4, GTX 1050 Ti 4GB, 128GB SSD, 1TB HDD – RM4,919
  4. Intel Core i7-7700HQ, 8GB DDR4, GTX 1050 Ti 4GB, 256GB SSD, 2TB HDD – RM5,419

Legion Y720 adalah laptop pertama yang menggunakan Dolby Atmos. Tambah menarik, ia juga menyokong penggunaan sehingga 4 pad kawalan Xbox One tanpa memerlukan apa-apa penyesuai.

Ditujukan pada gamers yang lebih atas, ia dikuasakan Intel Core i7-7700HQ dengan RAM seluas 8GB DDR4, sama seperti varian tertinggi Legion Y520. Perbezaan ketara mesin permainan ini adalah penggunaan cip GTX 1060 padanya untuk menyokong permainan VR.

Setakat ini, hanya Legion Y720 yang menggunakan storan jenis HDD 1TB dijual dalam pasaran Malaysia dan versi SSD pula akan dibawa masuk kemudian. Begitu juga dengan jenis paparan. Hanya laptop dengan panel paparan HD penuh 15.6 inci dijual buat masa ini walaupun Y720 ada menggunakan paparan UHD 4K.

Harga Legion Y720 adalah RM 6,090 dan ia boleh dibeli melalui Lenovo Exclusive Stores atau pengedar sah Lenovo pada penghujung bulan ini.

Comments

Trackbacks

  1. […] Legion Y920 dijual pada harga RM12,999 dan boleh dibeli melalui Lenovo Exclusive Store dan juga Lenovo Multi Brand Store. Jika anda tak mahu berhabis hanya untuk bermain game, Lenovo turut menawarkan laptop gaming yang lebih mampu milik seperti Legion Y720 dan Legion Y520 […]

  2. […] RM 4,399 ia agak setaraf dengan salah satu varian Lenovo Y720 yang dilancarkan minggu lepas. Tetapi laptop gaming itu hanya gunakan cip grafik GTX 1050 dan dijual pada harga lebih murah iaitu […]

Apa komen anda?