Lagi produk baru Apple dijual di Malaysia

Share Button

Jika anda benar-benar peminat Apple dan memiliki hampir semua produk Apple, maka produk terbaru Apple yang tiba di Malaysia ini wajib menjadi koleksi terbaru anda. Buku bergambar Apple bertajuk “Designed by Apple in California” kini mula dijual di Malaysia.

Boleh dikatakan, ini adalah satu-satunya produk Apple yang tidak perlu dicas untuk digunakan. Ia memiliki 300 mukasurat dengan 450 gambar berkaitan produk Apple. Antara yang terdapat di dalamnya adalah iMac pertama, iPod pertama, iPhone pertama, iPad pertama sehinggalah pensel pertama Apple.

Secara ringkas, ia adalah satu penghormatan kepada Steve Jobs yang menghasilkan produk-produk yang berjaya merevolusikan dunia digital masakini.

Buku bergambar ini hanya dijual di laman web Apple Malaysia, dan boleh dibeli dalam dua saiz, biasa (260x324mm) dan Plus (330x413mm). Harganya pula hanyalah RM949 untuk versi biasa, dan RM1,399 bagi versi Plus.

Jadi, anda berminat dengan saiz biasa, saiz besar, atau kedua-duanya sekali?

Apa komen anda?