Kawal terus lagu Spotify dari dalam navigasi Waze

Share Button

Spotify dan Waze adalah dua jenis aplikasi berbeza. Satu memainkan lagu, dan satu lagi untuk navigasi semasa memandu. Tetapi ia tidak menghalang kedua-duanya bekerjasama untuk berhubung di dalam satu aplikasi.

Waze baru-baru ini mengumumkan fungsi baru, yang membenarkan pengguna menggunakan navigasi Waze di dalam aplikasi Spotify sambil mendengar lagu.

Dengan fungsi ini, pengguna Waze dan Spotify tidak perlu bertukar aplikasi untuk menggunakan kedua-dua aplikasi serentak. Gabungan ini membolehkan navigasi Waze dikawal terus dari dalam aplikasi Spotify, serta kawalan lagu Spotify terus semasa navigasi Waze aktif. Terus dari dalam satu aplikasi sahaja.

Fungsi terbaru ini akan dikemaskini buat pengguna Android terlebih dahulu, di seluruh dunia tetapi secara berperingkat. Selepas selesai membuat tetapan menggabungkan Waze dan Spotify, muzik Spotify yang dipilih akan dimainkan secara automatik apabila perjalanan dimulakan.

Dengan gabungan ini, diharapkan pemandu boleh lebih fokus kepada pemanduan dan tidak menggunakan telefon pintar semasa memandu. Terutama sekali menukar lagi yang sedang dimainkan, semasa tangan di stereng dan kaki di pedal minyak.

[SUMBER: Spotify]

Apa komen anda?