Kata Qualcomm, Snapdragon Bukanlah Cip Pemproses

Share Button

Qualcomm bukanlah nama yang asing dalam industri telefon masa ini. Hampir semua telefon flagship Android menggunakan perkakasan Qualcomm dan terbukti memang lebih menonjol berbanding cip-cip pesaing. Kini, mereka ingin mengubah paradigma dengan tidak merujuk Snapdragon kepada “cip pemproses”, sebaliknya terma “platform Snapdragon” akan digunakan.

Diagram cip pemproses Snapdragon 835

Menurut Qualcomm, terma cip pemproses tidak lagi sesuai untuk digunakan kerana Snapdragon adalah satu sistem yang mengandungi semua perkara, daripada CPU, GPU, modem, hinggalah ke kad bunyi. Cumanya, selepas ini platform Snapdragon hanya akan digunakan pada produk premium saja.

Siri Snapdragon 200 yang kerap digunakan pada peranti berkuasa rendah seperti jam tangan pintar selepas ini akan digelar “Qualcomm Mobile” manakala Snapdragon 400, 600, 800 dijangka kekal sama.

Pada pihak pengguna, rombakan ini tidaklah memberi kesan yang besar. Ia lebih kepada penyusunan semula produk untuk lebih mempermudah pihak pengeluar (OEM) memilih produk Qualcomm mana yang sesuai untuk digunakan.

[Sumber: Android Central]

Trackbacks

  1. […] hari selepas Qualcomm mengumumkan rombakan semula terhadap produk-produk Snapdragon mereka, hari ini mereka melancarkan pula produk pertama […]

Apa komen anda?