Kamera Huawei P10 dalam kelompok tiga teratas DxOMark

Share Button

Huawei meneruskan kerjasama dengan Leica dalam penghasilan kamera di telefon pintar terbarunya, Huawei P10. Tetapi ia belum dapat menewaskan Samsung Galaxy S7 edge, menerusi laman perbandingan kamera terkenal, DxOmark.

Menurut DxOmark, Huawei P10 mendapat markah keseluruhan 87, gabungan markah 88 untuk gambar dan 84 untuk video. Ini meletakkannya di bawah Google Pixel (89 markah), HTC 10 (88 markah), Samsung Galaxy S7 Edge (88markah) dan Sony Xperia X Performance (88 markah).

Secara keseluruhan, kamera Huaewi P10 menghasilkan gambar yang sangat bagus dalam suasana cerah dan malap. Malah, ia menghasilkan butiran yang sangat terperinci, kebanyakan masa lebih baik dari jenama lain.

Autofokus Huawei P10 sangat pantas, lancar dan tepat. Cuma, terasa sedikit perbezaannya dengan model lain yang lebih baik, tetapi masih dalam kategori paling laju, responsif dan tepat dalam pelbagai situasi pencahayaan.

Rakaman video Huawei P10 juga sangat baik. Ia boleh merakam resolusi HD Penuh sehingga 60fps, dan resolusi UHD 4K pada 30fps. Rakamannya mempunyai pendedahan dan julat dinamik yang bagus, serta stabil semasa bergerak terima kasih kepada penstabil imej optikal (OIS).

Ini sedikit sebanyak ringkasan dari laporan penuh DxOMark tentang Huawei P10. Untuk laporan penuh, layari laman web Huawei P10 DxOMark.

Laporan ini menerangkan tentang kualiti kamera Huawei P10 dengan lensa yang diiktiraf Leica sebagai SUMMARIT-H F2.2. Jika Huawei P10 Plus yang diuji, ia pasti memberi hasil yang lebih baik kerana dilengkapi lensa SUMMILUX-H F1.8 yang lebih baik. Mampukah P10 Plus menyaingi Google Pixel di takhta teratas DxOMark?

[SUMBER: DxOMark]

Apa komen anda?