Jumbo Breakout ganjaran buat pengguna setia HyppTV

Share Button

Semua pelanggan UniFi dan Streamyx yang memiliki HyppTV, kini boleh menikmati 9 saluran terbaik di dalam HyppTV Jumbo Pack secara percuma. Promosi yang dikenali sebagai ‘Jumbo Breakout‘ ini, menawarkan tayangan percuma selama tiga bulan.

Bermula dari 13 Mac sehingga 31 Mei 2017, semua pelanggan HyppTV boleh menonton sembilan saluran ini secara percuma:

  • Baby First (Saluran 551)
  • Nick Jr. (Saluran 552)
  • CBeebies HD (Saluran 553)
  • Boomerang HD (Saluran 555)
  • DreamWorks HD (Saluran 550)
  • Warner TV HD (Saluran 613)
  • RTL CBS Entertainment HD (Saluran 616)
  • FOX Crime HD (Saluran 610)
  • Universal Channel HD (Saluran 612)

Semua saluran ini bukan sahaja boleh ditonton menerusi set-top-box (STB) HyppTV di rumah, malah menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

Promosi ‘Jumbo Breakout‘ ini merupakan tambahan kepada promosi Tayangan Percuma 30 hari bagi kesemua saluran premium, untuk pelanggan baharu UniFi dan Streamyx 8Mbps.

Khas bagi pelanggan HyppTV sedia ada yang melanggan HyppTV Value Pack seperti Aneka, Varnam, Ruby dan Sports Pack, mereka akan menerima promosi ini lebih panjang selama 4 bulan, dari 15 Februari sehingga 30 Jun 2017. Ia adalah tanda penghargaan TM atas kepercayaan mereka.

Selain semua pengguna UniFi, HyppTV turut ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps. Kandungan HyppTV bukan sahaja boleh ditonton di rumah, malah di mana jua menerusi HyppTV Everywhere.

HyppTV kini menawarkan sebanyak 108 saluran, dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif, menerusi pelbagai pakej atau pilihan secara ala-carte.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari laman web TM HyppTV  atau lawati laman media sosial di Facebook HyppTV, twitter @HyppWorld, instagram @HyppTV dan YouTube Telekom Malaysia.

Comments

Apa komen anda?