iPhone 7 percuma dengan pelan baru Celcom Business

Share Button

Peniaga kecil & sederhana di Malaysia, kini mempunyai lebih pilihan talian mudah alih dengan tawaran terbaru dari Celcom. Dengan pelan Celcom Business yang baru dilancarkan hari ini, syarikat boleh mengawal sepenuhnya keperluan komunikasi mereka.

Tiga pelan diperkenalkan dengan nama Business S, Business M dan Business L. Pilih kuota data yang sesuai dan ia boleh dibahagikan kepada pengguna mengikut keperluan. Kesemua talian ini juga disertakan panggilan dan SMS tanpa had.

Pelan Business S boleh digunakan sehingga 5 talian dengan kuota 100GB, berkadar RM490 sebulan. Seterusnya pelan Business M untuk 25 talian bersama 550GB, berkadar RM2,300 sebulan. Pelan terbesar Business L pula, menerima 1,100GB untuk 50 talian, berkadar RM4,500 sebulan.

Jika jumlah talian tidak mencukupi, ia boleh ditambah sebanyak mungkin tanpa had talian, dengan caj tambahan RM70 sebulan setiap talian. Tambahan ini turut akan menerima tambahan data 5GB ke dalam jumlah data, bersama talian & SMS tanpa had.

Syarikat mempunyai kebebasan untuk mengagihkan kuota data. Contohnya, pengguna 1 dapat 10GB manakala pengguna 2 & 3 menerima 5GB data.

Paling menarik, Celcom menyediakan tawaran hebat untuk masa terhad. Pendaftaran terawal Celcom Business, boleh mendapat 5 Samsung Galaxy J2 dengan mendaftar Business S atau 11 unit iPhone 7 dengan pelan Business L.

Celcom turut memberi Huawei P9 sebagai hadiah percuma. Untuk menerima telefon percuma ini, selepas mendaftar Celcom Business dan menerima emel, layari laman web Celcom Business Portal untuk menebusnya.

Kepada peniaga di luar sana, segera dapat pelan Celcom Business‎ untuk kawalan penuh talian syarikat, sambil mendapatkan telefon pintar percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Business.

Apa komen anda?