Intel Sedia Bangunkan Kereta Pandu Sendiri

Share Button

Intel dilaporkan telah bersetuju untuk mengambil alih Mobileye pada nilaian USD 15.3 billion. Ia bakal menggabungkan teknologi kedua-dua pihak, Intel bidang pengkomputeran berprestasi tinggi serta Mobileye dalam bidang pembangunan teknologi pemanduan automatik.

Salah satu teknologi hasilan Mobileye adalah Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang meliputi pemanduan berautonomi secara pasif dan aktif. Menggunakan ADAS, kereta menerima keupayaan seperti memperbetul lorong pemanduan, memberi amaran pelanggaran, serta menyesuaikan kelajuan dengan keadaan persekitaran.

Gabungan itu bakal memacu pertumbuhan inovasi dalam industri automotif serta memateri kedudukan Intel selaku penyedia teknologi pemanduan berautonomi. Ia selari dengan ramalan pihak Intel yang nilai pasaran berkaitan sistem kenderaan, perkhidmatan dan data akan melonjak sehingga USD 70 billion menjelang 2030.

[Sumber: Mobileye]

Apa komen anda?