Gear 360 (2017) Bawakan Kandungan VR 4K

Share Button

Samsung di acara Unpackd juga melancarkan kamera Gear 360 yang ditambah baik. Gear 360 (2017) kini merakam video 4K sebenar dan menyokong telefon di luar ekosistem Samsung Galaxy, iOS serta MacOS. Maka, pengguna boleh menjangkakan lebih banyak kandungan VR dibawakan kedalam ekosistem Samsung VR kelak.

Walaupun ia kini boleh merakam video 4K, sensornya kini lebih kecil. Daripada sensor 15MP, ia kini hanya 8.4MP dan aperturnya juga lebih kecil, F2.2 berbanding F2 pada Gear 360 asal.

Bateri juga dilihat berkurangan. Ia hanya mendukung bateri 1,160mAh dan bukan lagi 1350mAh. Fungsi NFC juga dibuang.

Susah untuk megatakan ia adalah penambahbaikkan atau sebaliknya. Fungsi yang sangat perlu pada kamera sebegini adalah kekalisan air IP68 yang gagal diterapkan Samsung pada kamera ini.

Apa komen anda?