Fungsi Status Whatsapp Yang Asal Kembali

Share Button

Platform permesejan milik Facebook, Whatsapp, hari ini mengemas kini aplikasi tersebut dengan membawa pulang fungsi “Status” yang telah disisihkan untuk beri ruang pada ciri status seakan “Snapchat”. Ia berikutan rungutan orang ramai yang inginkan Whatsapp tradisional kembali.

Perbezaan fungsi status baru (kiri) dan lama yang dibawa kembali (kanan)

Anda boleh mengaksesnya di ruangan Setting dan pergi ke bahagian Profile. Helah yang kami kongsikan tempoh hari untuk mematikan fungsi Status yang merimaskan ramai pengguna sudah tidak boleh digunakan lagi.

Hari ini genaplah sebulan Whatsapp menyadur platform permesejan terkenal dunia itu dengan bauan Snapchat. Walaupun status sudah kembali, ia tidaklah menggantikan ciri Status sedia ada, sebaliknya ia terselindung dalam profil pengguna.

Selain Whatsapp, tiga lagi aplikasi milik Facebook turut mempunyai ciri seakat Snapchat iaitu Facebook dan Instagram.

Perbandingan fungsi status (dari kiri) Snapchat, Facebook, & Instagram

 

Apa komen anda?