Diskaun 20% Galaxy C9 Pro Datang Kembali

Share Button

Jika anda terlepas promosi potongan 20% untuk set kedua Samsung Galaxy C9 Pro yang berakhir 8 Mac yang lalu, Samsung hari ini melancarkan promosi yang sama kembali. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan telefon pertama Samsung yang menggunakan RAM 6GB.

 

Buat anda yang baru dengar tentang telefon ini, Galaxy C9 Pro adalah sebuah telefon berbadan besi sepenuhnya terbaru dari Samsung. Ia menggunakan panel Super AMOLED beresolusi HD penuh sebesar 6.0 dengan fungsi ‘Alwasy On Display” bagi memaparkan pelbagai info tanpa perlu membuka telefon.

Selain memiliki RAM paling besar dalam kalangan semua telefon Samsung, ia juga mempunya storan seluas 64GB serta slot kad mikro-SD khas yang boleh menampung sehingga 256GB. Kamera belakang dan depannya kedua-duanya menggunakan sensor 16MP disamping bateri berkapasiti 4,000mAh diberikan untuk menguasakan telefon.

Jika promosi terdahulu hanya dibuat melalui kedai dalam talian, promosi kali ini dibuat di kedai fizikal. Berkunjunglah ke kedai Samsung yang berkenaan untuk menebus promosi Galaxy C9 Pro ini sebelum 31 Mac 2017.

 

Apa komen anda?