Berbual tanpa had dengan pelan prabayar Digi InternetPlus

Share Button

Dalam diam, Digi telah memperkenalkan pelan prabayar yang baru. Selain pelan internet bulanan yang dipertingkatkan kuota, Digi kini memiliki pelan bulanan dengan panggilan tanpa had, dikenali sebagai pelan InternetPlus.

Pelan Internet Digi yang baru, kini memberikan lebih kuota internet. Ini mungkin jawapan kepada pelan prabayar baru U Mobile UMI dan Xpax #Nokelentong. Selain itu, pelan ini juga disertakan data Facebook tanpa had, tetapi dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 10GB.

Dengan bayaran RM28 sebulan, pengguna akan menerima 5GB data internet berkelajuan tinggi. Manakala RM38 memberikan 8GB data dan RM48 pula 10GB data sebulan.

Untuk pelan mingguan, ia bermula serendah RM4 dengan 500MB data seminggu, tetapi tiada data Facebook percuma. Manakala RM9 memberikan data 2GB dan RM18 pula 4GB data untuk 7 hari. Kedua-dua pelan ini disertakan data Facebook tanpa had (FUP 10GB sebulan).

Pelan baru Digi yang lebih menarik perhatian, adalah pelan InternetPlus. Ini kerana ia turut datang bersama minit panggilan tanpa had. Pelan ini turut menerima data Facebook tanpa had (FUP 10GB sebulan).

Tetapi seperti biasa, Digi mengenakan FUP untuk panggilan tanpa had. Ia dihadkan ke 1,000 minit setiap bulan. Minit panggilan ini boleh digunakan ke semua talian tempatan, tetapi tidak termasuk panggilan video, nombor khas, nombor bebas tol 1-300 dan nombor 121.

Pelan terendah InternetPlus adalah RM28 sebulan, dibekalkan 3GB tetapi dengan 300 minit panggilan sahaja. Manakala pelan panggilan tanpa had terendah adalah RM38, datang dengan 4GB data sebulan. RM48 pula memberikan pengguna 5GB data dan minit panggilan tanpa had setiap bulan.

Digi turut menyediakan pelan mingguan InternetPlus, bagi mereka yang mahukan data dan minit panggilan dalam satu pelan. RM4 seminggu memberikan 200MB dan 20 minit panggilan, RM9 pula datang dengan 500MB dan 50 minit panggilan seminggu. Dengan RM18, pengguna boleh menikmati 1GB data dan 100 minit panggilan selama 7 hari.

Untuk melanggan pelan prabayar Internet dan InternetPlus ini, pengguna Digi boleh melakukannya menerusi aplikasi MyDigi atau mendail *116*2#. Selain pelan bulanan dan mingguan, Digi juga masih menyediakan pelan harian RM3 dengan 1GB data, serta pakej harian tanpa had internet, video, sosial dan panggilan seperti di bawah.

Digi kini memiliki dua jenis prabayar, iaitu Digi Prepaid LiVE dan Digi Prepaid BEST. Digi PrepaidLiVE menawarkan data strim video dan muzik sebanyak 2.5GB setipa minggu, serta panggilan dan SMS tanpa had ke 6 Buddyz dalam talian Digi. Digi Prepaid BEST pula menyediakan data Facebook dan Twitter tanpa had (FUP 10GB sebulan) dan kadar panggilan dan SMS lebih rendah, 24sen seminit dan 12 sen setiap SMS.

Untuk lebih info, layari laman web Prabayar Digi.

[SUMBER: Lowyat.net]

Comments

Apa komen anda?