Amok Di Dua Cawangan Telco

Share Button

Dua cawangan pusat perkhidmatan sebuah telco  di Sibu semalam, diserang seorang lelaki yang tidak berpuas hati. Ketua polis Sibu, ACP Saiful Bahri mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan telah menahan suspek di Belian Lane sekitar 5 petang hari yang sama.

Kejadian pertama dilaporkan terjadi di Medan Mall, apabila suspek tiba menaiki motorsikal pada 1:50 tengah hari dengan membawa sebatang kayu golf. Dia kemudiannya meluru ke arah kedai dan memecahkan pintu kaca premis sebelum beredar.

Kejadian kedua menyaksikan orang yang sama, tiba menaiki kereta hitam di cawangan telco itu yang terletak di Keranji Road dan melakukan perkara yang sama.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua insiden itu. Hanya kaca dan gelas yang pecah berderai di tempat kejadian.

Tahun lepas, perkara yang hampir sama berlaku di ibu pejabat sebuah telco. Seorang lelaki bertindak melakukan kekecohan kerana tak puas hati dengan bil telefonnya.

[Sumber: BorneoPost]

Apa komen anda?