60 hari Astro GO percuma tanpa had untuk semua pelanggan

Share Button

Tiada lagi Astro on the Go, kini dikenali sebagai Astro Go. Aplikasi mudahalih untuk menonton kandungan Astro kini ditambah lebih banyak fungsi, lebih mudah digunakan, dan lebih memahami keperluan pengguna. Sebagai pengenalan, 60-hari penggunaan tanpa had diberikan PERCUMA kepada semua pengguna Astro.

Bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2017, semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan percuma semua saluran dan kandungan yang terdapat di dalam Astro Go, tidak kisah apa jua pakej Astro yang dilanggan. Kecuali, kandungan ‘Pay Per View’ dan kandungan premium pilihan sukan.

Satu tawaran eksklusif yang disediakan adalah, pelanggan Astro yang mendaftar dan menghubungkan akaun mereka ke Astro Go, boleh menonton filem gandingan Ryan Gosling dan Emma Stone, La La Land. Filem terbaru yang popular ini boleh ditonton menerusi on demand bermula 25 April sehingga 31 Mei 2017.

Aplikasi Astro Go yang baru ini membawakan antaramuka yang lebih kemas dan pintar. Senarai boleh disusun mengikut bahasa atau genre. Ia juga akan mengenalpasti kegemaran pengguna, dan mengutamakan genre yang lebih diminati pengguna.

Fungsi baru di dalam Astro Go adalah seperti muat turun kandungan untuk tontonan tanpa internet, casting ke skrin besar tanpa wayar, penggunaan serentak sehingga 4 peranti dalam satu akaun, mod kanak-kanak, dan banyak lagi.

Bagi tontonan sukan, ia akan menerima fungsi yang lebih canggih, dipanggil Sports Control. Pengguna Astro Go boleh mengulang tayang, mengezum jauh dan dekat melalui pelbagai sudut kamera, menonton sorotan video, berita, mengetahui kedudukan pemain dan menyemak jadual liga.

Selain itu, Astro juga mengumumkan tambahan tiga saluran baru eksklusif ke dalam Astro Go. Saluran Comedy Central menyediakan pelbagai kandungan lawak jenaka untuk bergelak ketawa, saluran K-PLUS pula untuk peminat tegar drama Korea dan saluran ANIPLUS bagi mereka yang sukakan anime dan budaya pop Jepun.

Astro GO kini menayangkan 67 saluran secara langsung, serta pelbagai siri dan drama terbaru eksklusif. Banyak tajuk drama boleh ditonton pada hari yang sama siarannya di Amerika, Hong Kong, Taiwan, Korea malah dari Indonesia dan Thailand.

Bagi bukan pengguna Astro, mereka boleh menggunakan Astro Go untuk menonton 11 saluran secara langsung, serta banyak kandungan eksklusif dan box-office, yang disediakan percuma atau boleh dilanggan terus dari dalam aplikasi.

Kepada yang ingin mencuba, aplikasi Astro Go boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Selain itu, ia juga boleh ditonton di pelayar web, di alamat www.astrogo.com.

Apa komen anda?