5 Mod Android Yang Tak Perlukan Root

Intro

Share Button

Minggu lepas Maybank dah halang akses kepada aplikasi perbankan mereka untuk semua telefon yang telah di-root-kan. Mesti ramai kecewa kerana root pada peranti Android boleh memungkinkan anda memerah setiap titis prestasi telefon Android. Salah satu sebab mengapa golongan power user gemarkan root adalah mereka boleh mengubah suai rupa sistem mereka pada tahap yang sangat dalam, hingga sehalus jenis dan warna font telefon mereka.

Namun, apakan daya, keselamatan lebih penting. Usah risau, anda masih boleh memodifikasi telefon anda walaupun tiada root.

Lima yang kami cadangkan adalah:

  1. Energy Bar ‒ Tambah tanda aras bateri pada telefon
  2. Fullscrn Free ‒ Sembunyikan panel notifikasi dan navigasi telefon
  3. MUVIZ Nav Bar Audio Visualizer ‒ Pamerkan visual audio semasa melayani kandungan multemedia
  4. Navbar Apps ‒ Ubah suai gaya panel navigasi
  5. Status ‒ Ubah suai gaya panel notifikasi

Muka seterusnya: Energy Bar

Apa komen anda?