Xiaomi Mi 5c Telefon Pertama Guna Cip Surge S1

Share Button

Sungguhpun mereka tak menyertai MWC 2017, ia tidak menghalang Xiaomi daripada bikin kecoh. Selepas melancarkan cip pemproses buatan sendiri, Pinecone Surge S1, mereka mengumumkan pula telefon pertama yang mendukung cip tersebut, Xiaomi Mi 5c.

Xiaomi Mi 5c menggunakan kerangka Mi 5 yang dilancarkan di MWC tahun sudah tetapi melakukan beberapa ubah suai untuk disuaikan dengan cip terbaru mereka.

Selain dijual pada harga RMB 1,499 (RM 969), telefon kelas pertengahan ini menggunakan panel paparan 5.15″ dengan rekaan bingkai minimum.

Disebalik panel paparan itu, terdapat papan induk dengan cip pemproses Surge S1 yang bersaing rapat dengan Helio P10, P20, dan Snapdragon 625 daripada segi kuasa pemproses. Cip itu dibantu RAM seluas 3 GB dengan ruang storan seluas 64 GB bersama-sama 1 slot mikro-SD.

Bahagian optikal pula menyaksikan penggunaan sensor 12 MP sebagai kamera belakang, manakala penembak selfie pula menggunakan sensor 8 MP. Bateri yang diterimanya memiliki kapasiti 2,860 mAh dan miliki fungsi pengecasa pantas.

Xiaomi Mi 5c dilancarkan di China dalam warna merah jambu, emas, dan hitam dan sama ada ia akan tiba di Malaysia tidak pula dikongsikan pihak mereka.

[Sumber: Xiaomi]

 

Apa komen anda?