Tinggalkan Android Box lain, dapatkan Mi Box

Share Button

Mi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan produk serba baru Xiaomi di Malaysia. Mi Box yang dikuasakan Android TV 6.0, akan mula dijual di Malaysia bermula Jumaat ini, 3 Mac 2017.

Jika anda tidak kenal, Mi Box adalah salah satu jenis ‘Android Box’, sebuah alat pemain media yang bersambung ke TV dan boleh berhubung ke internet. Ia boleh memainkan pelbagai kandungan internet seperti YouTube, Netflix, Vevo dan banyak lagi. Tetapi prestasi Mi Box jauh lebih hebat dari Android Box tidak berjenama di luar sana.

Mi Box kini menyokong paparan sehingga Ultra HD 4K 60fps. Ia kini menjalankan Andrid 6.0 Marshmallow, tetapi dijanjikan akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat dan akan menyokong tayangan HDR10. Dengan port HDMI2.0a (HDCP 2.2) berkelajuan 18Gbps, ia mampu menyokong pelbagai kandungan berdefinisi tinggi. Kualiti audio juga menakjubkan, dengan sokongan Dolby Digital Plus dan audio HD DTS 2.0 pelbagai saluran.

Kuasa Mi Box dijana oleh pemproses Cortex A-53 4-teras 2.0GHz dan grafik Mali 450 750MHz. Ia disertakan 2GB RAM dan 8GB storan. Tiada slot kad mikroSD tetapi terdapat port USB2.0 untuk sambungan storan luar seperti pemacu kilat dan cakera keras. Terdapat juga port audio 3.5mm dan SPDIF di belakang.

Sambungan tanpa wayar pula menyokong WiFi dwi-band 802.11ac dan Bluetooth 4.0. Mi Box juga datang bersama alat kawalan jauh Bluetooth, yang mempunyai mikrofon terbina di dalam. Ia boleh digunakan sebagai alat kawalan suara, jadi hanya bercakapa dengannya untuk membuat carian filem atau kandungan lain.

Seperkara lagi, Mi Box juga menyokong Google Cast. Bermakna, ia boleh berfungsi seperti Chromecast. Pelbagai kandungan dari telefon pintar boleh dipancarkan dengan mudah ke Mi Box, seterusnya dipaparkan di TV.

Unlock your world of 4K streaming entertainment with Mi Box, powered by Android TV™. Get one at only RM 349 as it’ll be officially available in Malaysia this Friday onwards, more info soon!

Posted by Mi Malaysia on Monday, February 27, 2017


Mi Malaysia menyatakan harga jualan Mi Box di Malaysia adalah RM349 dan tempahan dibuka pada 3 Mac ini. Lebih banyak maklumat akan diumumkan kemudian. Berkemungkinan besar, jualan akan dibuat menerusi Stor Online Mi Malaysia di Lazada.

[SUMBER: Facebook Mi Malaysia]

Apa komen anda?