Teknologi 5G kini setapak lebih hampir

Share Button

Pasti ramai yang tak sabar menanti ketibaan 5G. Tapi yakinilah, ia masih jauh dari perlaksanaan. Cuma, logo rasmi 5G baru sahaja diumumkan oleh 3GPP, organisasi antarabangsa yang memantau standard selular.

Pengenalan logo rasmi 5G ini adalah satu langkah penting menuju pelaksanaannya kelak. Ini boleh dilihat sebelum 4G diperkenalkan dulu kala, di mana spesifikasi 4G atau nama lainnya LTE, tidak mencapai kata sepakat. Setiap pengeluar atau syarikat, mendabik dada teknologi yang mereka keluarkan adalah 4G, walaupun standard 4G masih belum ditetapkan secara rasmi.

Kita boleh lihat kesannya di Malaysia, di mana peneydia servis WiMax seperti YES dan P1 (kini webe), menyatakan WiMax adalah rangkaian 4G. Tetapi apabila LTE diumumkan sebagai standard 4G sebenar, sedikit demi sedikit WiMax mula hilang dari radar. Malah, YES dan webe kini telah melancarkan servis 4G LTE jua.

Logo 5G yang dilancarkan ini tidak jauh berbeza dari logo LTE sebelum ini. Ia dilihat sebagai satu kesinambungan dari teknologi sedia ada kepada teknologi lebih baru.

Teknologi 5G masih jauh dari perlaksanaan, apatah lagi mula digunakan di Malaysia. 3GPP dijangka akan memperkenalkan standard 5G Fasa 1 pada hujung tahun 2018. Buat masa sekarang, nikmati dulu logo 5G ni ya.

[SUMBER: TheVerge]

Apa komen anda?