Sony Bakal Lancar 5 Telefon Di MWC 2017?

Share Button

Sony sudahpun menghantar jemputan menghadiri sidang media yang akan mereka adakan semasa MWC 2017 kelak. Walau bagaimanapun, tidaklah diketahui apakah yang ingin mereka kongsikan kepada khalayak nanti.

Dipetik daripada sumber, lima peranti dengan pelbagai spesifikasi diatur Sony untuk pelancarannya pada 27 Februari ini. Tiada maklumat rasmi tentang nama rasmi tetapi nama kodnya sudahpun diketahui.

  1. Yoshino – Telefon 5.5 inci dengan paparan beresolusi 4K yang menggunakan cip Snapdragon 835, RAM 4/6GB dan menggunakan sensor kamera daripada jenis IMX400
  2. BlancBright – Telefon 5.5 inci WQHD yang menggunakan sama ada Snapdragon 653 atau Snapdragon 835. Hadir menggunakan RAM 4GB dan sensor kamera IMX400.
  3. Keyaki – Telefon kelas pertengahan yang menggunakan Helio P20 dan RAM sebesar 4GB. Panel paparannya HD penuh dan kamera depan dan belakang masing-masing 23MP dan 16MP.
  4. Hinoki – Telefon versi Lite untuk Keyaki. Paparannya sedikit rendah iaitu pada HD 720p dengan RAM 3GB dan cip Helio P20. Kamera depan dan belakang masing-masing 16MP dan 8MP.
  5. Mineo – hanya harganya diketahui iaitu $350 (RM 1,550).

Kali terakhir Sony perkenalkan telefon di Malaysia adalah Xperia XZ dan Xperia X Compact. Kedua-duanya dilancarkan pada September tahun lalu. Kedua-dua telefon dilancarkan pertama kali kira-kira sebulan sebelum itu semasa IFA 2016. Ia menjadikan ahli keluarga Xperia X meningkat kepada enam. Kesemua peranti kecuali Xperia X Performance ada dijual secara rasmi di Malaysia.

Perbandingan keluarga Xperia X.

[Sumber: SumahoInfo, Techradar]

Apa komen anda?