Satu Lagi Projek Gajah Putih Touch ‘n Go?

Share Button

Pembayaran tanpa tunai kini bertumbuh pesat di negara kita dan Touch ‘n Go, pelopor pembayaran tanpa tunai negara kita turut sama ingin mengikuti arus modenisasi ini melalui satu perkhidmatan baru yang dipanggil Touch ‘n Go Wallet. Seperti namanya, ia berfungsi seperti dompet maya dan menggunakan kod QR semasa membuat pembayaran.

Selain membeli barang, ia juga boleh digunakan untuk memindahkan wang ke pengguna wallet yang lain. Perkhidmatan ini masih dalam fasa beta dan hanya disediakan di sekitar TTDI. Tatacara ia berfungsi ada diterangkan dalam video di bawah.

Kami bukanlah antiteknologi. Tetapi melihat pada video itu, tak dapat kami bayangkan di celah mana ia mempercepat proses pembayaran jika dibandingkan dengan pembayaran nirsentuh seperti PayWave ataupun kad touchngo sendiri. Pengguna perlu membuka apps, melancarkan kad QR dan mempamerkan pada jurutunai untuk mengimbas menggunakan pengimbas khas.

Bukan saja proses itu nampak lebih lambat berbanding bayaran secara tunai, penjual juga perlu membeli peranti khas hanya untuk menggunakan fungsi ini. Mungkin mereka boleh bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan kewangan seperti Visa dan Mastercard untuk mewujudkan sesuatu seperti PayWave. Walau apapun, kami akan terus ikuti perkembangan TouchNGo PaybyQR.

Sebelum ini, mereka juga ada memperkenalkan jam tangan dengan fungsi Touch ‘n Go yang tiada lagi berita tentangnya.

[Sumber: SoyaCincau]

Comments

  1. Syerif Izwan

    Lebih bagus jika kad touch n go boleh toup secara online seperti ezlink kad singapo…mudah cepat x perlu ke 7e, kiosk dan sebagainya.

  2. Oh majunya…. Tapi masih x boleh topup online. Kahkah haritu dapat email survey daripada touch n go. Soalan pasal bayar tol guna debit/credit card. Rasanya dierang tgh pertimbangkan nak support paywave huhu

Apa komen anda?