Rimas Dengan Fungsi Snapchat Pada Whatsapp? Matikan Saja

Share Button

Mula-mula Instagram, kemudian Facebook, dan yang terkini Whatsapp pula meniru fungsi Snapchat apabila memperkenalkan fungsi status baru pada kemas kini terbaru mereka. Tidaklah pelik kerana kesemuanya adalah milik Facebook.

Tetapi ia sesuatu yang menjengkelkan kerana dihening pelancaran Whatsapp, ia adalah satu aplikasi yang amat ringkas dan mudah digunakan. Jom matikan fungsi Whatsapp Status dengan merukuni langkah berikut.

Hanya dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum berbuat demikian:

  1. Telefon Android yang telah di-root-kan.
  2. Aplikasi file manager seperti ES File Explorer

Anda perlu matikan WhatsApp dan menggodek satu file XML

Langkah-langkah:

  1. Pergi ke Setting>Apps kemudian Force Stop Whatsapp.
  2. Lancarkan ES File Explorer dan aktifkan fungsi Root Explorer.
  3. Pergi ke path ‘/data/data/com.whatsapp/shared_prefs/com.whatsapp_preferences.xml’ dan buka file itu.
  4. Cari entri bernama <int name=”status_mode” value=”1″/>.
  5. Tukar nilai “1” keapada “0”.
  6. Lancar WhatsApp dan lihat perubahan.

Perubahan ini tidak kekal dan perlu dilakukan semula jka ada kemas kini seterusnya atau sehingga WhatsApp menjadikan fungsi WhatsApp Status kekal dalam aplikasi itu.

[Sumber: XDA Developer]

Apa komen anda?