Perjanjian pengeluar ketiga kukuhkan kedudukan BlackBerry

Share Button

Ramai yang merasakan BlackBerry sudah hilang dari pasaran telefon pintar, tetapi perkara sebaliknya yang sedang berlaku. BlackBerry kini memberi fokus kepada pasaran yang lebih menguntungkannya, iaitu sektor keselamatan siber. Pengeluaran telefon pintar masih lagi diteruskan, tetapi ia diberikan kepada pihak ketiga.

Hujung tahun lepas, BlackBerry telah mengumumkan kerjasamanya dengan TCL Communications sebagai pengeluar utama peranti BlackBerry. Ia dapat dilihat pada kerjasama lebih awal, yang menghasilkan telefon pintar BlackBerry DTEK50 dan DTEK60.

BlackBerry juga menandatangani perjanjian kerjasama khusus bersama PT BB Merah Putih, untuk menghasilkan peranti BlackBerry di Indonesia. Ia selaras dengan usaha kerajaan Indonesia yang mewajibkan 30% penghasilan meliputi perkakas, perisian dan tenaga kerja melibatkan usaha tempatan.

Majlis pelancaran DTEK50 & DTEK60 di India oleh Optiemus Infracom

Perjanjian terbaru yang diumumkan BlackBerry adalah dengan Optiemus Infracom Ltd. Ia akan meliputi penghasilan peranti BlackBerry berasaskan Android, bagi pasaran India, Sri Lanka, Nepal dan Bangladesh. Ia juga memenuhi kehendak kerajaan India yang sedang giat menjalankan inisiatif “Make In India”, menghasilkan perkakas dan peranti di India.

Walaupun peranti tidak lagi dihasilkan BlackBerry sendiri, tetapi BlackBerry akan memastikan kemaskini perisian sentiasa terkini, selain tahap keselamatan yang tinggi di peranti.

[SUMBER: Blog BlackBerry, BBIN]

Trackbacks

  1. […] telefon pintarnya telah disuberluarkan kepada beberapa pihak seperti TCL, PT BB Merah Putih, dan Optiemus Infracom Ltd untuk menghasilkan […]

Apa komen anda?